Newsflash

Latest News

Rizreni Health and Beauty has come up with a new look for website to cater for our sophisticated users. We thank you for the support over the years and hopefully will continue getting your support. We welcome your feedback on our products be it good or bad. We will always strive to improve the quality of our products and services.

 Rizreni Health and Beauty telah menukar wajah laman web kami untuk memberi khidmat yang lebih cemerlang kepada para pengguna kami. Kami amat bersyukur dengan sokongan anda selama ini dan diharap sokongan ini akan berterusan. Kami mengalu-alukan semua maklum balas dari anda. Kami akan sentiasa berusaha memperbaiki mutu produk dan perkhidmatan kami.

Salon Operating Hours / Waktu Operasi Salon:

Monday to Friday: 11.00am - 7.00pm
Isnin - Jumaat : 11.00 pagi - 7.00 malam

Saturday: 11.00am -8.00pm
Sabtu : 11.00 pagi - 8.00 malam

Sunday: Closed
Ahad : Tutup

Please make your booking early especially for Friday and Saturday.
Sila buat tempahan awal terutama pada hari Jumaat dan Sabtu.

Office Working Hours / Waktu Pejabat:


Monday to Saturday: 9.00am -5.00pm
Isnin - Sabtu : 9.00 pagi - 5.00 petang

Sunday: Closed
Ahad: Tutup

Featured Products

RM20.00



RM48.00



RM60.00



RM65.00



Kenali Kulit Anda PDF Print E-mail
skin_layer

Kulit terdiri daripada 3 lapisan utama iaitu: epidermis, dermis dan hipodermis. Epidermis adalah lapisan luar dan dapat dilihat. Semakin kita berumur, beberapa perubahan berlaku dibawah epidermis yang tak dapat dilihat. Misalnya, kulit kita akan menipis terutama dikawasan mengelilingi mata. Elastin dan kolagen terdapat di dalam dermis dan berfungsi memastikan kulit kita elastik dan lembap tetapi penuaan memecahkan serat ini untuk menghasilkan garis halus dan kedut. Pendedahan kepada sinar UV matahari mempercepatkan proses ini. Cara terbaik untuk menghalang garis halus dan kedut adalah menjauhi pendedahan kepada sinar UV matahari.

Kulit merupakan sistem tisu yang dinamik dan amat kompleks. Dalam satu inci persegi kulit terdapat 19 juta sel, 625 kelenjar peluh, 90 kelenjar minyak dan 4 meter salur darah. Lapisan paling luar epidermis dipanggil lapisan “cornified” dan terdiri daripada helaian keratin, protein dan sel kulit skuamos, sel mati dan leper. Ia merupakan pelindung terhadap dehidrasi dan persekitaran. Ia mendapat bekalan lembapan “moisture” daripada tisu di bawah kerana pendedahan kepada persekitaran akan mengeringkan permukaan kulit. Apabila terdedah kepada keadaan kering, lapisan cornified ini akan menjadi kering, rapuh, keras dan tanpa rawatan boleh pecah dan boleh dijangkiti kuman. Di bawah lapisan cornified terdapat enam lapisan epidermis yang berfungsi untuk menghasilkan sel baru. Kitar hidup sel kulit ini adalah sekitar 28 hari. Jadi kesan rawatan hanya akan kelihatan selepas 3-4 minggu.