|
Soalan-soalan lazim dari pelanggan
1. Bagi pelanggan yang menggunakan penjagaan kulit, apakah produk yang sesuai untuk pengelupasan mendalam?
Rizreni tidak mengguna produk yang boleh menyebabkan penggelupasan mendalam kerana kami percaya masalah kulit boleh dirawat dengan cara tanpa penggelupasan teruk. Namun begitu, produk rizreni mampu mengatasi masalah pigmentasi tetapi mengambil masa yang lebih lama berbanding penggelupasan mendalam. Untuk kesan yang lebih selamat, cepat dan efektif, kita harus gabungkan penggunaan produk harian dan facial khususnya pakej Whitening Facial.
2. Produk apakah yang patut di syorkan kepada pelanggan yang berjerawat?
Kulit cenderung jerawat boleh mengguna pembersih lembut seperti Cleansing Milk dan diikuti dengan Facial gel. Facial gel kini diperkuatkan dengan Betacarotene iaitu bahan menyerupai Vitamin D. Selain itu pengguna boleh juga mengguna Sunscreen untuk mengelak kerosakan kulit akibat matahari. Pendedahan kulit muka kepada sinar suria akan meningkatkan penghasilan sebum dan ini akan menyebabkan liang kulit tersumbat dengan minyak dan kotoran. Aromatic Cream yang mengandungi Tea Tree Oil boleh diguna untuk jerawat yang lebih serius. Cara yang terbaik untuk merawat jerawat ialah dengan kaedah "pakej rawatan Whitening atau detox Facial" (rujuk kepada artikel pakej ini).
3. Kadangkala dalam lebih kurang 2 minggu kulit akan mengalami sedikit pengelupasan, kering dan tegang setelah menggunakan produk, apakah yang patut dilakukan?
Penggelupasan lazimnya berlaku pada pengguna yang baru. Ini menunjukkan yang rawatan mula berkesan dan proses membuang sel mati yang telah lama bersemadi atas kulit sudah bermula. Selepas sel mati berjaya dikurangkan barulah kulit akan kelihatan cerah dan segar. Sekiranya kulit menjadi terlampau kering dan tegang sehingga mengakibat kulit gatal, pengguna disyorkan mengguna Skinsoft Cream Plus atau pun Honey Dew Moisturizer.
4. Terdapat sesetengah pelanggan yang mengalami masalah jerawat setelah sesuai menggunakan produk. Apakah sebabnya?
Penggunaan produk rizreni akan meredakan dan mengurangkan jerawat kerana bahan yang diguna dalam rumusan semuanya bersifat "noncomedogenic" atau tidak menggalak pertumbuhan jerawat. Namun begitu jerawat yang dikeringkan oleh produk harus dibuang dengan cara membuat rawatan muka atau facial. Sekiranya tidak jerawat kering tidak dibuang, ia akan muncul kembali terutama ketika kitaran hormon berubah seperti waktu haid atau pun semasa mengalami tekanan. Untuk kulit yang cenderung jerawat, anda disyorkan untuk mendapat rawatan facial dari masa kesemasa.
5. Produk rawatan manakah yang patut disyorkan kepada pelanggan yang mengalami masalah pigmentasi dan berapa lamakah saya harus menggunakan produk rawatan?
Pigmentasi mestilah dibezakan dengan frekel. Pigmentasi atau pewarnaan tak rata kulit yang disebabkan oleh sinar suria boleh dihilang dalam masa 2- 3 bulan. Produk hanya boleh memudarkan frekel kerana keadaan ini berkait dengan genetik.
6. Terdapat masalah ketuat atau ketumbuhan isi kecil yang selalunya di kawasan leher. Produk apa yang boleh di gunakan?
Ketuat dan ketumbuhan isi kecil boleh dibuang dengan mengguna kepekatan salicylic acid yang melebihi 6%. Hanya boleh dibuat disalon sahaja.
7. Produk yang manakah patut disyorkan kepada pelanggan yang berkulit sensitif (nipis dengan salur darah halus / broken kapilaries?)
Produk yang sesuai untuk kulit sensitif adalah Honey Dew Moisturizer. Vitamin C yang terdapat dalam Night serum boleh membantu memperkuatkan kapilari yang rapuh.
8. Bolehkah pelanggan menggunakan produk semasa mengandung?
Pelanggan hamil seharusnya menjaga kebersihan kulit mereka setiap hari. Produk rinse off seperti pembersih atau cleanser boleh diguna tanpa ragu.Produk leave on seperti sunscreen pun boleh diguna kerana bahannya tidak diserap kedalam darah. Begitu juga pelembap seperti soothing cream dan honey dew moisturizer. Setakat ini belum ada bukti yang produk leave on lain seperti skinsoft cream plus ataupun treatment cream membahayakan janim kerana serapan bahan aktif kedalam darah kurang berlaku. Namun begitu untuk mengelak daripada kesangsian, kita syorkan penggunaan produk seperti Aromatic cream dan skinsoft cream plus dihentikan semasa kehamilan trimester pertama iaitu dari 1 hingga 4 bulan kehamilan.
9. Pelindung manakah harus dipilih, Nu White, SUn Screen atau Perfect Cover?
Sunscreen bukan hanya bertindak sebagai pelindung SPF 15 tetapi diperkaya dengan betacarotene untuk melembap dna melicinkan kulit. NuWhite juga mempunyai SPF 15 dan mengandungi licorice untuk megamankan dan mencerahkan kulit. Perfect cover mempunyai nilai SPF 40 dan dirumus khusus menutup segala imperfection kulit. Sesuai diguna untuk asas tatarias.
10. Apa beza antara Day and Night Cream dan Sun Lotion
Day and Night Cream mempunyai nilai SPF 15 dan sesuai diguna sebagai pelindung untuk lelaki kerana rumusan ini dirumus tanpa foundation. Sun Lotion direka khusus untuk pelindung seluruh badan. Juga mempunyai nilai SPF 15. Walaupun disaran untuk diguna sebagai pelindung sun lotion juga diperkaya dengan ekstrak tea hijau yang boleh mempercepatkan pemulihan sel rosak akibat matahari.
11. Bolehkah kulit terdedah kepada panas / panas terik semasa pengguna produk rawatan?
Kita sentiasa harus melindung kulit daripada sinar matahari walaupun tidak mengguna produk kecantikan. Sekiranya kita tidak mengambil langkah perlindungan, kulit kita cepat menua, mudah mengalami age spots atau pigmentasi kulit dan yang lebih serius ialah melanoma atau barah kulit yang sukar dirawat.
|