Newsflash

Cantik Syubhah

Wawancara TV3

Pandangan mengenai kosmetik/produk kecantikan yang halal yang terdapat di Malaysia.-bukan sekadar tertumpu kepada isu makanan halal

Produk kosmetik atau produk kecantikan yang digunapakai oleh orang Islam khususnya muslimat wajib halal dan suci kerana kita perlu solat, baca alQuran dan mengamal ibadah lain. Ini bermaksud bahan atau kandungan kosmetik mestilah tidak membatalkan wudhu’. Misalnya gincu tidak harus mengandungi minyak haiwan khususnya lard (minyak khinzir).

Sebenarnya tak banyak bahan kosmetik yang berpunca najis. Yang kita harus perhati ialah penggunaan bahan seperti lard (lipstick, sabun), plasenta berpunca manusia maupun haiwan ( sheep/ewe), semua bahan berpunca haiwan.

Namun begitu, dengan kewujudan minyak sawit dan lain-lain minyak sayuran, penggunaan bahan berpunca haiwan sudah amat berkurangan. Kami yakin yang kebanyakan produk kosmetik keluaran tempatan khususnya dari kilang milik orang Islam adalah halal dan tayibbah.

Sebagai seorang Muslim walaupun tidak sealim ulama, sebelum membuat sesuatu  kita bermula dengan BismillahiRahmaniRahim dan dikuti dengan doa berkat.

Halal Tayibbah ini berbeza dengan Halal umum kerana semua proses perkilangan diurus oleh orang Islam. Sebagai contoh, proses penyembelihan bermula dengan BismillahiRahmaniRahim. Sekiranya kita ajar orang bukan Islam membaca BismillahiRahmaniRahim dan buat penyembelihan Apa kah itu halal?

Kepentingan muslimah mengetahui kandungan/intipati yg digunakan dalam sebarang produk kecantikan.-awareness

Muslimah khususnya dan amnya semua pengguna seharusnya mengetahui kandungan produk kecantikan dan kesan jangkapanjang pemakaian produk. Ini bukan hanya penting dari aspek halal tetapi juga dari aspek kesan mudarat.

Misalnya kini pengeluar kosmetik terutama yang diimpot heboh tentang penggunaan nanoteknologi. Nanoteknologi adalah persediaan bahan kosmetik dalam saiz amat kecil (nano). Penggunaannya akan memboleh lebih banyak bahan aktif menembusi kulit dan masuk kedalam sistem darah. Sedangkan tujuan kita hanyalah untuk merawat kulit setempat dan bahan aktif tidak sepatutnya memasuki sistem saluran darah. Kajian menunjukkan yang kepekatan bahan kosmetik nanoteknologi boleh mencapai aras dos yang boleh memberi kesan samping sistemik.

Apakah kosmetik yang mengandungi bahan-bahan daripada haiwan-mengikut cara Islam boleh dibawa solat atau tidak?

Bahan kosmetik yang mengandungi lard (minyak khinzir) dan minyak haiwan seperti lanolin (minyak bulu biri biri) yang tidak sembelih secara Islam adalah najis dan pastinya haram diguna. Tetapi sekiranya kita pasti yang minyak haiwan (kecuali khinzir) itu dari sumber halal maka ia boleh diguna.

Namun begitu, Rizreni memilih untuk tidak mengguna minyak atau bahan haiwan kecuali gamat yang diadun ke dalam produk Soothing Gel.

 Produk Rizreni mementingkan kandungan halal dalam setiap rangkaiannya.

Sebagai sebuah syarikat pengedar kosmetik milik orang Islam, sudah pasti kita tidak akan mengguna bahan yang najis atau pun bahan yang kita ragui. Saya dan juga semua kakitangan kami menggunakan produk Rizreni dengan yakin kerana mereka sendiri yang terlibat dalam pengilangan dari A hingga Z.

Prinsip kami adalah bahan mesti Halal, Selamat dan Berkesan. Prioritinya dalam turutan yang disebut. Misalnya, plasenta atau uri  ekstrak memang berkesan melembut dan mencerahkan kulit tetapi status halal diragui. Maka kami tidak mengguna bahan ini dalam rumusan kami. Steroid, retin A, hydroquinone adalah halal dan berkesan tetapi mempunyai kesan samping jangkapanjang. Kami juga tidak tidak mengguna bahan-bahan ini atas dasar kurang selamat. Produk yang mengakibatkan penggelupasan teruk sehingga seluruh kulit muka diganti dengan yang baru pun halal dan berkesan tetapi sekiranya tidak diguna secara professional boleh memudaratkan kulit. Kami elak menggunakan bahan sedemikian.

Produk Rizreni banyak mengguna agen antioksida seperti ekstrak honey dew, cactus, mushroom, vitamin C, biji anggur dan banyak lagi. Kami ada juga mengguna asid AHA dan BHA seperti asid  lactic, glycolic dan salicylic tetapi dalam kepekatan yang rendah dan tak menyebabkan penggelupasan.

Produk Rizreni  secara keseluruhan adalah lembut, melembapkan, membersihkan, menyegarkan dan menyihatkan kulit. Pemakaian yang berterusan membuat wajah kita kelihatan lebih muda walaupun berusia.

Featured Products

RM65.00



RM20.00



RM60.00



RM48.00



Latar belakang Syarikat PDF Print E-mail

RIZRENI Health and Beauty mula beroperasi pada April 2000 dan merupakan syarikat yang dimilki 100% Bumiputra. Ianya diasaskan oleh Pengarah Urusan Puan Norizah Yahaya. Dr Mohd Shahimi Mustapha pula adalah Pengarah Eksekutif dan Penasihat syarikat untuk produk dan perkhidmatan.

Syarikat kami mengedar dan memasarkan rangkaian produk kecantikan dan kesihatan serta mengendalikan operasi salon kecantikan yang menawarkan pakej rawatan menggunakan produk kami sendiri. Produk Riz:reni boleh didapati terus daripada syarikat dan salon kami serta daripada wakil-wakil jualan terlantik seluruh negara. Kami juga menerima pesanan melalui Internet.

 

Produk kami dipasarkan di bawah jenama ‘Riz:reni’ yang merupakan cap dagangan berdaftar. Kejayaan produk RIZRENI Health and Beauty membolehkan syarikat membuka kilangnya sendiri dan ianya dikendalikan oleh Actanpac Sdn Bhd. Kilang tersebut berfungsi sebagai lokasi untuk merumus dan membuat formulasi produk, mengilang, membungkus dan membekal kepada RIZRENI Health and Beauty. Actanpac juga menawarkan khidmat mengilang secara kontrak kepada syarikat-syarikat lain. Kilang ini terletak di Taman Bolton, Batu Caves dan telah mendapat perlesenan sebagai kilang bertaraf ASEAN GMP kosmetik pada tahun 2005 dari Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Semua produk kecantikan yang dikeluarkan oleh Actanpac dan diedarkan oleh RIZRENI Health and Beauty didaftarkan dengan Agensi Kawalan Dadah (DCA), Kementerian Kesihatan Malaysia. Semua produk juga disahkan HALAL oleh JAKIM.

Produk kesihatan yang diedarkan oleh RIZRENI dikeluarkan oleh syarikat afiliat kami yang didaftarkan di bawah nama DMesra Jaya Teknologi. Syarikat ini mengeluarkan makanan kesihatan seperti minuman campuran BeauTea Colostrum. Kami percaya kecantikan tidaklah penting pada luarannya sahaja, malah kesihatan badan yang menyeluruh penting untuk mendapatkan kulit yang sihat. Produk keluaran DMesra disahkan HALAL oleh JAKIM.

 

Sehingga kini, Riz:reni mempunyai rangkaian stokis di seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak.


Latar Belakang Pengarah Urusan

Puan Norizah Yahaya

noriz2

 

  • Dilahirkan pada tahun 1961, di negeri Kedah
  • Accreditated Trainer, PSMB
  • Diploma In Management Studies, UTM
  • Diploma In Body And Facial Beauty Treatment The Beauty Training Centre, K Lumpur, 1996
  • Sijil Pengiktirafan Juru Terapi Kecantikan dari Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN)
  • Mengendali kursus dan seminar, bengkel penjagaan kecantikan dan kesihatan diseluruh negara, Singapura dan Brunei dari tahun 1996 sehingga sekarang
  • Menjadi pengadil jemputan pertandingan mengandam di sekitar Kuala Lumpur dari tahun 1996-1998
  • Di Kuching, anjuran DUBS Wanita, 1997
  • Menyumbang kepada satu ruangan tetap di akhbar (soal jawab kecantikan dan kesihatan)
  • Menjadi penceramah jemputan tentang ketrampilan untuk Puspanita di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak
  • Mengatur program dan memberi motivasi dalam bidang kecantikan kepada syarikat-syarikat lain seperti :-
    -  Total Healing
    -  Liza Series Sdn Bhd
    -  Global Marketing Industry

 Latar Belakang Pengarah Eksekutif / Penasihat

 Dr Mohd Shahimi Mustapha                   

drsms1

 

  • Dilahirkan pada tahun 1948, di negeri Kelantan
  • Memperoleh ijazah pertama dalam bidang Farmasi pada tahun 1972, di Baghdad, Iraq
  • Pada tahun 1974 pula memperolehi ijazah Sarjana,
    di Universiti of Wales, United Kingdom
  • Bumiputera pertama yang memperolehi ijazah kedoktoran dalam bidang Farmakologi pada tahun 1976, di University of Wales, United Kingdom
  • Bekas pensyarah Farmakologi di Jabatan Farmakologi, Fakulti Perubatan, di Universiti Kebangsaan Malaysia selama 20 tahun.
  • Mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam bidang mengkaji selidik ubatan tradisional.
  • Penulisan saintifik dalam bentuk abstrak persidangan dan jurnal saintifik melebihi 50 judul.
  • Juga telah menerbitkan 2 buah buku dan kamus perubatan bersama rakan-rakannya.
  • Pernah dilantik sebagai ahli jawatankuasa WHO (World Health Organisation) untuk mengkaji selidik tumbuh-tumbuhan beracun.
  • Penasihat Persatuan Ubat Tradisional Melayu (PURBATAMA)
  • Kini Pensyarah dan Ketua Jabatan Farmasi, Lincoln University College, Kuala Lumpur